Cara Kehidupan Jin dan Syaitan

Dunia jin dan syaitan seperti dunia kita (ada negara, kerajaan, bangsa, kabilah, penguasa dan rakyat). Agama jin sama dengan agama manusia, iaitu ada yang beragama Kristian, Hindu, Buddha, penyembah berhala, penganut ajaran Komunis dan Islam.

Iblis bukan moyang jin

  1. Iblis berketurunan jin tetapi ia bukanlah moyang jin.

Iblis adalah moyang Syaitan

  1. Iblis berkahwin dengan jin perempuan lalu mereka dianugerahi keturunan.
  2. Keturunan yang berasal daripada Iblis itu dipanggil syaitan.
  3. Syaitan tinggal di padang-padang pasir, gunung-ganang, pulau-pulau terpencil dan di permukaan laut.

Kerajaan Iblis

  1. Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar termasuk menteri-menteri, pejabat-pejabat besar dan 5 wakil yang kita perlu berhati-hati.
  2. Wakil yang pertama bernama Tsabar dan selalu mengucapkan melalui mulut orang yang ditimpa kesusahan, maki terhadap ketentuan Allah SWT atas dirinya.
  3. Wakil yang kedua bernama Dasim dan selalu berusaha untuk menceraikan ikatan perkahwinan.
  4. Wakil yang ketiga bernama al-A'war dan berusaha untuk mempermudahkan perzinaan.
  5. Wakil yang keempat bernama Maswath dan berusaha untuk menciptakan pembohongan besar mahupun kecil.
  6. Wakil yang kelima bernama Zalnabur dan berusaha untuk mengapi-apikan pertengkaran antara manusia.

Jin yang berusia ribuan tahun

  1. Ada jin yang berusia 3 hingga 7 ribu tahun.
  2. Jin mencuri dengar berita langit daripada para malaikat tetapi Allah SWT menjaganya dengan kilatan api untuk membakar jin tersebut.

Penutup

Sampai di sini saja usaha saya untuk berkongsi ilmu dengan kamu. Jika ada di antara kamu yang rasa tersinggung dengan laman web ini, saya ingin meminta maaf. Jika laman web ini memuaskan hati kamu, saya ingin mengucapkan terima kasih. Sesungguhnya, yang silap itu datang daripada diri saya sendiri manakala yang betul itu hak milik Allah SWT.

Sekian. Terima kasih.